Kumismu Nipis, Tudungmu Labuh!

E
Aku tak peduli, bila kau membeli,
A
dan aku tak akan kisah, tiap kali kau resah.
E
Dan, aku tak pernah kisah, jika tuhan yang agungkan sangatlah besar,
A
langsung tidak aku hirau, jika kau suka beli plakad.
C D C D C D#
c/o Fuck you! Fuck you, fuck you hey Manager!

A
Seluarku biru, rambutku hitam, jangan kau ingat semua orang kerkhatan!
E
Kau ulang-kau ulang, dan sekali lagi aku mahu pulang.
A
Kumismu nipis, aku mampu menepis.
E
Kaca matamu mahal, jangan kau sangkakan halal.

C D C D C D#
c/o Fuck you! Fuck you, fuck you hey Manager!


Kau memang lahanat!

*ulang chorus sampai terlelap.

Tak ada Point

Beberapa tahun yang lalu- ketika aku masih berusia lewat sembilan tahun. Ketika tahun sidah hampir bertemu dengan akhirnya, pada ketika aku menantikan keluarnya keputusan peperiksaan akhir tahun darjah 3 aku.

Beberapa hari sebelum itu, kakak aku cakap pada aku, dia berjanji akan belikan aku sebuah basikal jika keputusan aku, kickin' ass. Dia harap, aku dapat nombor satu di dalam kelas.

Basikal?

Gila! Sebelum tu, aku memang tak pernah punyai dan miliki basikal. Walaupun basikal kecil. Aku ingat lagi, belajar mengayuh di rumah kakak aku yang lagi seorang yang pada masa tu, tinggal di Cheras. Basikal anak dia, yang jauh beza umurnya dengan aku. Tapi, kakak aku ni mampu nak belikan anak-anak dia basikal, walaupun sebuah untuk dikongsi dua.

Tapi, sekurangnya anak dia dah pun boleh mengayuh dalam usia yang muda, dan aku pula, memang tak tahu macamana nak mengayuh lagi pada masa tu. Kawan-kawan aku yang lain? Bukan setakat mengayuh, malah pam basikal pun mereka dah pandai.

Mungkin kerana aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan seorang kakak muda, membuatkan aku kurang terdedah dengan aktiviti-aktivi seperti ini. Seingat aku, pada usia tu, aku banyak habiskan masa aku untuk bermain sendiri di anjung rumah mak aku, atau sesekali, aku akan habiskan masa aku dengan bermain dengan seorang teman yang tinggal berdekatan dengan rumah aku.

Rumah kami berdua hanya dipisahkan oleh sebuah perigi yang masih aktif menakungkan air yang datang dari bawah tanah.

Jadi, berbasikal adalah sekadar angan-angan anak kecil yang tak punya idea tentang apa sekalipun.

Tapi, alhamdulilah macam satu keajaiban, nama aku memang diumumkan sebagai orang yang berjaya merangkul gelaran champion dalam kelas, walaupun aku tak aktig langsung di dalam bidang sukan. Aku ingat lagi, aku rasa mual bila aku tahu yang cikgu pendidikan jasmani aku akan mengajar kami untuk menanduk bola takraw.

Memang aku tak suka. Sukan tu, terlalu ganas untuk aku.

Aku berjaya mengalahkan ketua kelas aku walaupun aku cuma berjawatan misteri pada masa tu. Diskripsi kerja aku, sangat mudah. Aku hanya perlu berdiri di hujung barisan pelajar, dan aku perlu memastikan semua mereka memberus gigi selepas waktu rehat. Masa tu, aku masih lagi mewah dengan makan yang disediakan di bawah program RMT. Rancangan Makanan Tambahan, agaknya. Aku paling tak suka masa tu kalau aku dapat susu dalam kotak. Kalau tak salah aku, harga dia 30 ataupun 45 sen. Tak pasti. Tapi, apa yang aku ingat, aku akan jualkan air itu kepada kawan aku.

30 sen pada masa sekolah rendah pada masa tu, kalau tak salah aku, dah boleh beli mee goreng semangkuk. Sekarang? Nak masuk tandas di Central Market pun dah 50 sen.

Anyway, berbalik kepada cerita aku tadi, pasal keputusan aku, kakak aku pulang ke rumah selang beberapa hari setelah diberitahu, dengan menaiki kereta abang ipar aku- suami kepada kakak aku yang lagi seorang.

(jangan suruh aku huraikan tentang susur galur keluarga aku)

Dia letakkan basikal tu- basikal ala-ala BMX. Tapi, masa tu cuma seratus setengah je nilai dia. Warna crome, tak ada kangaroo. Tak ada gear or whatever. Cuma ada basikal berkepala BMX dan bewarna crome. Aku tak sempat berikan basikal itu nama.

Hari pertama aku kayuh basikal tu, berbekalkan kelas yang aku hadiri di rumah kakak aku di Cheras, ketika musim cuti sekolah- pada masa ni, abang aku yang lagi seorang yang tinggal di Cheras juga, belikan aku sebuah beg sekolah yang mahal masa tu. Kalau tak salah aku, harga dia RM60. Gila! Aku ni budak kampung yang bersekolah di kampung. Pastinya, beg aku akan jadi bahan perbualan bila sekolah bermula nanti.

Apapun, hari pertama mengayuhb basikal sendiri, bukanlah sesuatu yang menarik untuk diingati bila aku terlanggar side mirror sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan di sebuah jalan kecil. Bayangkan, di kanan aku, sebuah kereta yang bergerak bertentang dari arus aku, dan di kiri aku, ada longkang yang selalu aku bayangkan adanya kehidupan bernama ular besar di dalamnya.

Jadi, imej dan perasaan yang aku alami pada masa tu, aku ingat sampai sekarang dan rasanya, akan aku ingati sampai aku mati nanti.

Dan aku teruskan kayuhan aku untuk merentasi kawasan perumahan itu semua, dan kadang-kadang aku gunakan basikal tu untuk ke pasar awam. Kawasan yang aku rasa, macam buat aku rasa seronok walaupun aku tak suka pergi ke bahagian jual ayam. Aku rasa mual. Tapi, aku masih nak makan ayam.

Bila aku besar, basikal yang pernah aku kayuh untuk ke kelas malam tu, aku tinggalkan. Kalau tak salah aku, lepas aku habis sekolah menengah, aku beli sebuah mountain bike pada orang kampung aku, kalau tak salah. Juga tak punya nama.

Basikal tu menyimpan beberapa memori lama yang agak baik. Aku dan Aely, yang membonceng di hadapan- di palang depan tu, pernah dikejar oleh anjing liar. 3 ekor!

Dan, basikal tu jugak pernah menemankan aku membeli sebotol Jack Daniel setelah aku mendapat gaji.

Dan, yang pastinya pernah menemankan aku balik kemabukkan atau ketika sedang khayal dengan pil-pil.

Tapi, macam biasa. Tiap pertemuan pastinya akan diiringi dengan perpisahan. Kali terakhir aku menunggang basikal itu, bertahun yang lampau. Ketika aku masih bekerja di Bandar Kelawar itu. Dan, rasanya sekarang ni basikal tu dah ada pada anak kakak aku, yang tinggal di Ulu Tiram. Aku pun tak pasti.

Dan bila baru-baru ni aku membeli sebuah basikal, aku terasa yang dengan berbekalkan hanya beberapa batang besi yang dipateri bersama, dan sepasang tayar, aku akan kembali dan selalu menjadi muda.

Jadi, marilah kita beli basikal. Dan berriadah dengannya.

Nanako


Meet Nana




Aely, Nana and unkown bastard (middle, with black backpack).

Nanako

Semenjak aku mengenali Nana dengan lebih rapat lagi, semenjak dia menemankan aku hampir ke mana sahaja, aku rasa hidup aku agak terisi. Setiap lorong dan jalan yang kami redah bersama, akan selalu memberikan gambaran yang hebat kepada aku. Dan setiap masa yang berlalu bila kami bersama, memberikan aku perasaan yang baik sekali.

Seperti satu terapi.

Agaknya, betul apa yang orang selalu kata, 'tak kenal, maka tak cinta'. Sebelum aku menjalinkan hubungan intim dengan Nana, aku rasa sangat tak berbaloi untuk aku keluarkan diri aku dari tempat persembunyian aku- di The Holiest 13th Floor. Aku benci untuk melangkah keluar, dan aku terasa takut untuk menempuhi jalan-jalan yang banyak, dan aku takut untuk meninggalkan koleksi tembakau yang baru aku gunting dan campurkan dengan tumbuhan segar yang aku beli dari seorang kawan.

Tapi, sedikit demi sedikit, Nana berjaya mendorong aku untuk keluar. Untuk berasa ketagih dengan dunia yang luas. Ketagih untuk berasa penat, dan ketagih untuk menikmati pemandangan yang menyayat hati kami ini. Aku tak kisah bila ada yang mempersendakan aku, dan aku tahu, mereka semua memang akan selalu mempersendakan hubungan aku dan Nana.

Kami bukanlah dari bangsa yang sama.

Semenjak aku mengenali Nana, dan semenjak dia menemankan aku bersama dengan manusia lain, aku dapat rasa yang aku mula terfikir yang sebenarnya, untuk mendewakan ignorance, aku bukan hanya perlu duduk dan berkurung di dalam bilik sahaja. Ada cara lain. Jika kami melangkah keluar, kami masih boleh punya idea bahwa ignorant adalah satu bliss. Dan, kami memang tak pernah peduli tentang manusia lain yang megah dan angkuh dengan mesin-mesin mahal mereka.

Apapun, memang kadang berlaku hal yang menarik kepada kami ketika kami meredah jalan raya pada pagi atau malam hari. Pernah sekali, seorang stranger mengangkat tangan kepada kami yang tersangkut di tengah-tengah kesesakkan. Dan prnah juga yang mendekatkan diri, walaupun tak pernah mengenali antara satu sama lain, untuk bertanyakan khabar kami, dan berbual dengan kami, sebagai satu jiwa yang wujud. Bukannya untuk memperlekehkan kami atau apa sekali pun.

Entahlah. Kadang-kadang aku terasa hidup ni, ada baiknya juga walupun semalam aku baru saja SMS kepada kawan aku;

Selamat Hari Jadi. Mati lagi baik.




Join Kelab Underground

Macam sial!

Baru je tak sampai sejam yang lepas, aku berbual di telefon dengan kawan aku, yang tak sudah nak bercerita hal punk rock dengan aku, yang sedang sibuk nyanyi bersama dengan Carburetor Dung, Jilat mereka.

Fahamilah diri aku, yang aku ni tak punk rock langsung. Aku tak tahu menahu pasal semua band yang dia sebut, dan aku tak pernah peduli pun untuk habiskan duit untuk itu semua. Aku bukan investor punk rock. Lagu-lagu yang aku dengar, membosankan. Dan kawan-kawan yang aku kenal, semuanya bukan dari manusia yang hebat. Mereka semua cuma manusia yang ada soul untuk hidup dan meludah kepada semua punk-punk yang sangat radikal, dan yang sangat intelek.

Aku tak ada kawan yang menyimpan buku-buku hebat sebagai koleksi, kerana aku cuma punya kawan-kawan yang menyimpan memori duka sebagai koleksi peribadi yang sangat disayangi.

Jadi, fahamilah yang aku tak pernah bersedia untuk peduli kepada politik zaman muda kebanyakkan punk rock yang hebat.

Aku bising dan membebel pada dia. Aku malas nak layan. Dan, aku rasa aku dah pun repeat trek yang sama, lagu Jilat selama beberapa jam. Dengan asap rokok yang menyelubungi bilik bersepah aku, dan beberapa helai baju bersih yang masih tersadai di sofa tidur aku.

Aku cuma nak peduli dengan benda yang aku nak pedulikan.

Macam ajakkan 2 orang kawan aku ke parti hari ulang tahun kelahirannya. Jadi, aku masih berfikir kerana Aely bekerja esok, dan Aie pergi ke persembahan SLANK. Kawan aku si Amy pulak, pastinya susah nak aku hubungi. Yang lain? Aku rasa, baik aku duduk rumah.

Tapi, mungkin esok aku dan Nana akan cuba meredah bukit yang tinggi ke tempat kawan aku.

Atau mungkin, selepas itu aku akan mengikut Fah untuk ke parti tepi kolam renang yang ada menjamu sate.

Anyway, lepas aku bosan berbual dengan kawan aku, aku minta berundur diri dari perbualan itu dengan alasan aku perlu masuk ke dalam bilik air dan mandi. Badan aku rasa panas. Sepanas hari dan telinga aku yang mendengar kepada revolusioner yang kononnya nak jatuhkan kapitalis dengan baik sekali, tapi di mulutnya terbau haruman berjenama Special Brew yang mengiurkan aku.

Aku pun pinjam Broadband si Fah untuk mengetahui isu-isu semasa negara yang aku cintai ni. Negara yang tak senang dengan imigran dan negara yang tak pernah nak menerima kewujudan basikal di jalan raya dengan positif.

Dan, aku terjumpa sesuatu di Facebook aku yang membuatkan aku lupa, yang aku sedang marah dengan semua hal.

Gambar kawan sekolah aku.

Nama dia Ezzaq Rafiq.

Aku tersmeyum sebab tengok dia bergambar, sama macam dulu. Gaya dia, memang tak pernah berubah.

Haish.

Punk rock memang sangat kelakar.

The Holiest 13th Floor

Tadi, setelah seharian semalam aku bergelumang dengan emosi yang tak menentu, akibat dari banyak benda yang aku fikirkan, aku membuat keputusan untuk keluar dengan Nana, dan cuba untuk menempuhi jalan raya yang agak panas tadi. Kami sangkakan cerah hingga ke petang, rupanya belum pun pukul empat petang, hari dah pun nak hujan.

Jadi, aku bisikkan kepada Nana, yang kami berdua perlu pulang- untuk menikmati beberapa cawan kopi, atau hanya menonton DVD. Hari nak hujan, dan pastinya ASTRO tak akan berfungsi langsung. Jadi, aku dan Nana, menuju semula ke penempatan kami- The Holy 13th Floor.

Aku tahu, menikmati kopi panas sehingga mabuk, atau menonton DVD bukanlah satu pilihan yang menggembirakan Nana, tapi kami terpaksa. Lagipun, cermin mata aku akan menjadi menyusahkan bila dilimpahi oleh air hujan.

Jadi, aku di rumah, dan cuba memikirkan hal yang baik untuk aku lakukan. Nana, hanya duduk berduka di satu sudut balkoni di tingkat 13. Dan, aku dah pun kehabisan herba untuk aku nikmati.

Sedang sibuk aku memikirkan tentang apa yang hendak aku lakukan. Si Rambut Panjang, Aie menyambung perbualannya di SMS dengan aku, menyambung pertanyaan mengenai kebosanan dan pengisian masa ketika hari Sabtu.

Jadi, aku membalasnya dengan harapan yang kami akan bertemu petang ni, dan habiskan masa Sabtu kami, bersama. Seperti tahun-tahun yang sudah.

Beberapa tahun yang sudah, ketika aku masih lagi di Bandar Kelawar, pagi Sabtu aku akan selalu aku tunggu. Aku menantikan yang dia- Aie akan meng-SMS aku dan sudi untuk menghabiskan masanya dengan aku, di bandar gersang itu.

Dan, perkara ini terjadi hari ini.

Jadi, aku menantikan hujan akan reda. Dan dia dapat menyambung perjalanannya ke sini- The Holiest 13th Floor agar kami dapat bersama ke RiceCooker dan mengambil CD Dari Jemapoh Ke Manchastee yang dijanjikan kepada aku.

Oh, hujan...



...dont be so fuckin cruel!

Aqua Sparkle

Dengan hanya beberapa teguk vodka murah dari dalam botol jernih, revolusi memang tak akan bermula. Dan di sana, revolusi mungkin akan berakhir.

Tapi, dengan vodka murah ini, yang diteguk rapi, mungkin juga boleh membuahkan benih-benih revolusi di dalam revolusi yang membosankan itu sendiri.

Siapa tahu, dengan tegukka-tegukkan maut itu, akan terlahirlah Bakunin pasca moden, ataupun Chomsky yang muda. Siapa tahu, dengan terteguknya air-air ini ke dalam liang dan rongga manusia, yang lemas dengan kemurkaan alam, akan terlahirnya manusia-manusia yang faham, bahawa seni itu, adalah... nothing more than what you are doing right now.

Kawan aku pesan, jangan banyak menaip benda yang tak masuk akal. Tapi aku degil. Jadi, aku tetap menaip di sini.

Jumpa lagi!








p/s untuk berasa sesak selama 30 hari di dalam lubang yang kecil, sangat memeritkan.

Aely

Bagi aku, mencacah nama seseorang di atas tubuh kamu, bukanlah sekadar satu lagi gaya hidup anak muda-mudi munafik terkini. Ia bukanlah sekadar kesakitan yang datang dengan pleasure. Ia bukan sekadar beberapa warna yang tertatu di atas kulit kasar seorang budak lelaki yang membesar di perkampungan yang terhimpit oleh arus kemodenan.

Mencacah nama orang di atas kulit aku, terutamanya bila nama itu, secara kebetulannya adalah nama kawan baik kamu yang kamu sayangi adalah sangat bermakna. Ia adalah satu simbol peribadi untuk aku. Ia adalah satu simbol kepada aku yang selalu inginkan dia ada dekat dengan aku, menghadapi kegilaan yang tak masuk akal ni.

Jujurnya, aku memang seorang penakut. Aku takut dengan darah dan aku takut dengan rasa takut tu sendiri. Tapi, atas kedegilan yang aku miliki, aku beranikan diri aku, untuk mencacahkan nama seorang kawan baik aku- salah seorang dari yang ramai itu, ke atas tubuh aku, dan membuatkan seorang teman aku menjerit;

"You are not virgin anymore. What should we do?"

Dan, sambil aku nikmati kesakitan yang nakal itu, aku jawab, "we'll get drunk, lepas ni".

Jadi, lepas ni aku harap yang aku tak lagi rasa takut untuk hadapi semua kegilaan yang tak masuk akal ni, sebab aku kata pada Aely;

"Nama lu, dah ada dekat lengan kanan aku..." dengan riang sekali.

Impian zaman sekolah ni.

Dan, dengan itu ia menambahkan lagi sebab untuk orang lain, beristirifar untuk aku.

Fucked!

2 plus 2, always make 5.


Fuck your god!