Jangan buta-buta percaya pada orang. Kerana buruk padahnya.
Padan muka aku.
13
Jujurnya, berpindah rumah bukanlah satu hal yang menyenangkan. Baik dari segi fizikal, mahupun mental. Dan, dalam sesetengah kes, secara ekonominya (cuma kali ni, aku agak bernasib baik atas banyak sebab- terima kasih pada kawan-kawan).
Malam ni (pagi sebenarnya), aku sedang meniarap di atas bilik aku, di tingkat 13. Menghabiskan sisa-sisa hari aku bersama dengannya.
Di dinding, semua poster dan tampalan, dah pun ditanggalkan. Tak ada lagi poster filem pendek, dan tak ada lagi John Lennon atau Thom Yorke. Yang ada cumalah dinding kosong yang membawa simbol kekosongan yang akan dialami oleh bilik ini.
Aku tahu, yang aku akan rindukannya untuk satu tempoh yang lama memandangkan, telah banyak yang telah aku lalui di sini. Di sini, tempatnya aku menyembunyikan diri aku tika dunia ini, aku rasakan terlalu laju pergerakkannya.
Di dalam bilik ini, di atas tingkat ini, aku memeluk erat diri aku sendiri dan merasakan bahawa masa akan bergerak sedikit perlahan dan memberikan aku sedikit (sekurangnya) ruang untuk aku merasakan apa yang mahu aku rasakan.
Dan, di bilik ini jugalah tertulisnya beberapa kisah yang akan selalu aku ingat, dan yang akan selalu buat aku punya bermacam emosi. Emosi yang datang pada masa dan waktu yang betul.
Di dalam bilik ini, menyaksikan aku merasakan marah dan gembira. Rasa sayang, dan benci terhadap semuanya. Dan, di dalam bilik ini, aku pernah membicarakan tentang perihal hidup bersama dengan teman-teman yang lain.
Dan di dalam bilik ini, aku pernah menjamu selera dengan herba-herba hebat, dan binaan-binaan sintetik yang memikat jiwa.
'Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang...'
...inikan pula tempat berkhayal jiwa.
Apapun, hampir 90 peratus proses penghijrahan aku dah siap. Fah pula, akan melangsungkan perkahwinannya Sabtu ni dan dia akan memulakan keluarganya sendiri di sini, sementara menunggu surga barunya siap, akan datang. Dan, dia sendiri sedang sibuk menyiapkan segalanya.
Kali terakhir aku melihat dia, dia sibuk menjinjing baju pengantinnya, masuk ke dalam rumah di tingkat 13 ini.
Untuk sekali, aku merasakan cemburu melihat manusia yang dapat mengahwini pasangannya dengan bahagia sekali.
Dan terasa seperti tak adil bila aku tak dapat peluang seperti itu. Dan mungkin, sehingga ke hari terakhir aku, aku akan hidup dengan sendiri- sama seperti bayangan aku terhadap hari tua aku- duduk di balkoni di atas rocking chair sambil mendengar kepada piring hitam Ramones, dan membaca The Diary of Wimpy Kid sambil ditemani oleh kerinduan aku kepada masa muda aku yang sangat ignorant.
Apapun, tahniah untuk si Fah dan better half-nya. Noraz.
Jadi, aku merancang untuk pergi melihatkan hari kebesarannya bersama dengan teman-teman yang mengenali mereka. Harapnya, makanan yang akan dihidangkan akan memberikan aku sedikit kegembiraan yang melebihi rasa sedih tak boleh berpasangan aku itu.
Jadi, aku sangat sibuk untuk mengemas dan melakukan apa yang patut walaupun aku ada banyak hal yang aku nak ceritakan.
Apapun, aku sedang berasa sedih di atas perpisahan yang akan aku hadapi. Tak ada lagi Tingkat 13, dan bunyi tren yang bising.
Dan jujurnya, aku sangat sebak.
Dan, aku rindukan komrad Friday Night Junkies juga ketika ini, kerana aku tahu, merekalah antara orang yang akan memberikan semula senyuman itu kepada aku.
Dan, aku tak sabar nak tunggu semuanya selesai agar aku boleh duduk dengan tenang, dan bukakan buku untuk aku tuliskan sesuatu sambil di kiri aku, terdiri satu botol air tenaga Skol Super, dan di kanan aku, berdiri megah si botol biru yang menindih kertas yang menyimpan herba yang dah pun diracik halus.
Aku penat!
Uff!

Mode: Busy as Fuck
So, I am gonna let the world die all alone, for the moment till all these empty spaces fulfilled by these lovely souls.
Okay, I am seriously busy.
Happy birthday Libra-n!
So, I am gonna let the world die all alone, for the moment till all these empty spaces fulfilled by these lovely souls.
Okay, I am seriously busy.
Happy birthday Libra-n!
Dalam Bilik
Sesungguhnya, kalau kita terlalu merisaukan sesuatu segalanya yang kita buat, tak akan dapat menyenangkan diri kita sendiri.
Sesungguhnya, hidup ni kadang-kadang sangat berat untuk aku dukungkan. Tapi, kematian juga, boleh jadi sangat membosankan.
Kesihatan
Perut aku sakit- aku gemuruh.
Kepala aku pening- aku terbanyak fikir.
Dada aku tak senang- aku banyak merisaukan.
Emosi aku terganggu- aku banyak melarikan diri.
Jadi, apa yang perlu aku buat?
Menantikan sesuatu yang tak perlu?
Maxis Broadband
Sila masuk ke dalam www.facebook.com dan taipkan perkataan "Maxis Broadband" di satu kotak search-nya.
Dan, kemudian, gelak dengan meriah sekali.
Maxis Broadband, memang sesungguhnya sangatlah suck. Dan kelakarnya, mereka seperti tak mahu menyedari hakikat itu. Langsung, mereka berterusan menipu pengguna-pengguna Malaysia yang naif dan kurang arif tentang hal-hal sperti ini.
Dan ini adalah salah satu perniagaan halal yang menjana ekonomi negara.
Terima kasih kepada para pemodal Maxis Broadband, dan terima kasih kepada pemerintah dan yang berkuasa, kerana tak pernah nak ambil apa-apa tindakkan.
Maxis Broadband adalah pencuri masa, dan wang pengguna.
p/s aku bercadang ingin menubuhkan satu gerakkan yang dianggotai oleh mereka yang pernah dan sedang dikecewakan oleh Maxis Broadband.
Beware! We've got numbers!
Dan, kemudian, gelak dengan meriah sekali.
Maxis Broadband, memang sesungguhnya sangatlah suck. Dan kelakarnya, mereka seperti tak mahu menyedari hakikat itu. Langsung, mereka berterusan menipu pengguna-pengguna Malaysia yang naif dan kurang arif tentang hal-hal sperti ini.
Dan ini adalah salah satu perniagaan halal yang menjana ekonomi negara.
Terima kasih kepada para pemodal Maxis Broadband, dan terima kasih kepada pemerintah dan yang berkuasa, kerana tak pernah nak ambil apa-apa tindakkan.
Maxis Broadband adalah pencuri masa, dan wang pengguna.
p/s aku bercadang ingin menubuhkan satu gerakkan yang dianggotai oleh mereka yang pernah dan sedang dikecewakan oleh Maxis Broadband.
Beware! We've got numbers!
Ti
Bulan Oktober datang dengan pelbagai persoalan dan perasaan menyerang aku, physically dan emotionally.
Awal bulan Oktober melihatkan aku, mengayuh dengan gigih mendaki dan menuruni bukit-bukit kejam yang dibina di sepanjang perjalanan Kuala Lumpur - Melaka, dan pada ketika itu, segala kekuatan jiwa dan raga aku diuji. Tanpa alkohol, tanpa dadah, dan tanpa kasih sayang yang mencukupi, aku redah satu persatu bukit bakau, dan kegelapan malam itu berbekalkan dengan semangat yang tersuntik apabila ada teman-teman yang masih lagi percaya akan kekuatan dalaman yang aku miliki.
Apapun, dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada tingkat 13, memandangkan si Fah, teman serumah aku akan melangsungkan perkahwinannya dan langsung, kami membuat haluan masing-masing. Maksudnya, terpaksa tinggal berasingan. Kami bukan lagi pasangan bersekedudukan selepas ini.
Apapun, seperti baru semalam kami berdua memunggah barangan kami masuk ke dalam rumah ni. Dari keadaannya yang sangat gelap, kami suntikkan cahaya keimanan masuk ke dalam rumah ni, dengan cool sekali. Dari sebuah rumah yang membosankan (yang mana didiami oleh pervert-pervert melayu) kami jadikannya sebuah rumah yang liberal, dan berotak.
Oh, jadi aku akan selalu rindukan rumah ini, dan lifnya yang selalu mengalami kerosakkan. Dan, pastinya, aku akan rindukan perasaan menikmati herba-herba sejati di dalam bilik besar ini, sambil mendengar kepada bebelan Bob Dylan.
Pastinya, ini adalah tragedi Oktober yang sebenar.
Apapun, aku sibuk dan sedang mencari penempatan baru untuk aku jadikan tempat bertandangnya segala dosa-dosa moral dan agama.
Jumpa lagi!
8396
Jika aku tak punya ruang di dalam dunia yang sempit ini, aku akui aku perlu berlalu pergi. Jika aku tak punya ruang di dalam ruang dunia yang kotor ini, aku akui aku perlu berlalu pergi.
"Kenapa?" tanya satu sisi diri aku, kepada diri aku sendiri.
Jawab aku;
...kerana manusia.
Kerana manusia, akan selalu datang dengan kepelbagaian. Manusia datang kepada aku, menawarkan sesuatu yang manis. Dan di dalam masa yang sama, ada manusia yang datang kepada aku, dengan sesuatu yang menyakitkan.
Jadi, soal aku kepada satu sisi diri aku yang lain;
"...apa aku sanggup untuk terima perjudian itu?"
Manusia, bukanlah seperti yang aku imaginkan di dalam mimpi indah aku. Jauh dari apa yang boleh aku bayangkan- manusia, kebanyakkan penuh dengan kezaliman. Yang dengan senang menghukum manusia lain dari segi emosinya, yang dengan senang membunuh perasaan sayang antara manusia.
Manusia adalah binatang yang maha zalim yang pernah hidup di atas semesta ini. Manusia adalah binatang yang maha kejam yang pernah aku bacakan untuk diri aku, sebelum aku melelapkan mata.
Tapi, apa yang perlu dan boleh aku buat. Di mana-mana, masih lagi ada manusia. Masih lagi ada manusia yang akan dengan bongkak, masuk ke dalam hidup aku, atau setidaknya, melalui jalan di tepi hidup aku. Siapa aku untuk halang mereka? Siapa aku untuk menidakkan hal mereka?
Siapa aku, untuk menidakkan hak mereka untuk menjadi bongkak? Menjadi bongkak kerana jantina mereka, kerana apa yang mereka miliki, apa yang mereka percayakan?
Di zaman mana, di tanah mana. Manusia, masih lagi mahu menjadi seperti manusia. Manusia yang terlah disetkan untuk menjadi seperti manusia.
Lalu, setelah zaman pergi jauh dari kita, manusia pun tetap akan menjadi seperti manusia. Tak ada siapa, dan tak ada apa yang akan mampu mengubahkan itu.
Jadi, mungkin sehingga manusia semua menjadi buta dan bisu tentang segalanya, aku akan terus merasakan hukuman ini. Dan aku dihukum hanya kerana aku mahu teruskan hidup.
Manusia, aku berterima kasih untuk itu.
Tingkat 13
Di Dalam sebuah bilik, di tingkat 13 sebuah kawasan perumahan bertingkat, di rumah lot paling kanan, duduknya seorang lelaki bersama dengan muzik yang beralunan di kelilingnya. Di dalam kepalanya, tak ada banyak benda yang boleh dikikirkannya. Terrlalu banyak sehingga dia tak mahu memikirkannya.
"Jadi, perlu apa?" tanya si Kawannya
Lalu, dia terus diamkan diri. Sambil di tangan kanannya, terpegang erat sebatang rokok kretek seludup dan di sebelah tangannya yang lain, terpegang kuat satu botol berwarna biru.
Dia terus diamkan diri tanpa dia katakan apa-apa.
"Jadi, perlu apa?" tanya si Kawannya
Lalu, dia terus diamkan diri. Sambil di tangan kanannya, terpegang erat sebatang rokok kretek seludup dan di sebelah tangannya yang lain, terpegang kuat satu botol berwarna biru.
Dia terus diamkan diri tanpa dia katakan apa-apa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
