Meja Bulat

Kita selalu berbual tentang hidup. Berfalsafah mengenai hidup. Menyanyi mengenai hidup, berbual dan bercakap mengenai hidup. Tapi, hakikatnya, kita sendiri tak tahu, apa hidup itu, bila kita selalu membiarkan diri kita dibelenggu oleh anasir-anasir yang datang dari luar diri kita, yang sebolehnya, mahu menguasai segalanya.

Nafsu, kemahuan, kejahatan, kebaikkan, dan kesempurnaan. Mungkin.

Tapi, kita tetap mahu duduk di meja bulat dan berbicara mengenai kehidupan. Tentang apa yang salah, dan apa yang betul. Tentang hal masa lampau dan hal yang akan datang. Di meja bulat, kita mahu melihat ssegalanya dengan jelas.

Tapi, hakikatnya kita cumalah pemabuk kelas bawahan yang tak akan pernah mampu mengalahkan dunia ini. Kita hanyalah pencerita yang hanya mampu meletakkan semua kesalahan dan kejatuhan di bahu orang lain. Kita tak akan pernah brjaya.

Kenapa?

Sebab, kesan ubat yang aku telan memberikan aku rasa ini.

Bob Dylan


Kepala aku berat dengan beberapa jenis bahan yang dicampur, dan mata aku sendiri agak kabur dengan segala macam benda. Bilik aku, berbau kretek yang diseludup dari tanah Indonesia sana. Di radio, kedengaran suara Dylan yang menyanyi sejak malam tadi.

Tapi, aku perlu pergi menghadiri perjumpaan gagalis-gagalis di satu tempat yang pasti akan membawa aku kepada memori lama aku, yang mana di sana, aku pernah habiskan masa aku bersama Aely, duduk dan menikmati Murtabak Murtad yang sangat sedap.

Tapi, sayangnya. Hari ni, aku masih lagi tak ada selera nak makan. Dan, Aely pun tak ada.

Sayang sungguh!

(Gambar: Aely di tengah. Dan di kanannya, adalah Felix! Haha)

Aku Yahudi

Hari ni, orang sibuk menentang Israel, menentang Yahudi, dan Zionis dan orang sibuk menghalalkan tindakkan Nazi.

Dan, hari ni, orang sibuk untuk menggantungkan logo swastika di jendela rumah mereka.

Dan, hari ni aku masih lagi mengaku, di dalam badan aku, ada mengalirnya darah Yahudi!

Oh Tuhan!

Kadang-kadang, aku bosan bila mendengar rungutan kawan aku mengenai hidup dia. Mengenai diri dia yang dikatakan tersangkut di tengah-tengah manusia yang melemaskan. Dia tak mahu semua ini, dan dia tak mahu berada di tengah-tengah konflik yang menyesakkan ini. Dia mahukan Punk Rock.

Aku kata, "go commit youself a suicide!"

Tapi, keadaan memang tak akan pernah berubah.

Kadang-kadang, aku sendiri dah bosan dengan rungutan aku tentang bermacam hal. Tentang banyak hal yang selalu membuatkan aku terasa, bahawa kematian adalah jawapan bagi segala ketakutan dan persoalan. Kematian adalah jawapan yang dapat membawa diri aku jauh dari dunia yang sempurna ini. Dan, kematian adalah jawapan indah bagi segala soalan yang menakutkan ini.

Aku kata "let's kill ourself..."

Tapi, keadaan memang tak akan pernah berubah.

Racun yang ditelan, bertukar menjadi tiket yang menyenangkan. Tiket yang membawa aku kepada satu lagi dimensi baru. Dimensi yang jauh dari segalanya. Jauh dari diri aku sendiri. Dimensi yang selalu menjadikan aku lebih bodoh dan membosankan dari sebelumnya.

Oh tuhan, tak ada lagi muzik indah di sini, dan tak ada lagi imej cantik di sini. Hanya kekosongan ynag mengisi segalanya.

Dan, ironiknya, kekosongan itu yang menenagkan.




p/s aku rindukan beberapa orang yang aku kenal. Salah seorang dari mereka, tak punya telefon untuk aku hubungi.


Oh, tuhan!

Doktor

Hakikatnya, aku benci pada doktoe. Aku benci pada doktor yang menecurahkan pelbagai macam soalan seolah aku adalah pesalah. Aku benci bila diajukan soalan-soalan yang bermacam. Dan aku benci bila mata aku ditenung. Gerakkan bibir aku dilihat. Dan, aku benci membayangkan mana-mana anggota badan aku dicucuk dan darah aku dikeluarkan.

Aku benci darah.

Tapi, aku tak benci doktor Punk Rock dan ahli farmasi yang kemabukkan.


Hujan

Eppiey- I'm on SMS.

Lokasi :Bilik Fahmi

Semalam, aku sedar bahawa di dunia ini, masih ada lagi manusia-manusia yang masih boleh diharapkan bila mana kita terjatuh dan tertonggek dek kerana alkohol berlebihan di dalam darah.

Semalam, dan hari ini, aku terasa dekat dengan manusia. Terasa dekat sehingga aku rasa, berbaloi untuk aku teruskan hidup aku. Jadi, semalam membuktikan, aku memang berbaloi untuk teruskan hidup.

Tapi, maaf pada kawan-kawan, yang bangun di awalpagi, dan merungut tentang berat badan aku. Maaf sebab memberikan kamu semua satu alasan untuk badan kamu mengeluarkan peluh ketika kamu semua dah cukup penat di Femme Fest semalam.

Apapun, lain kali kalau kamu semua yang tertonggeng, aku akan pastikan kamu semua akan selamat sampai ke tempat tidur. Dan tak akan menghabiskan sisa malam kamu, di tepi tangga. Terbaring, dan bertemankan muntah!

Aku terasa macam berkeluarga, sekarang.



p/s aku masih lagi belajar untuk membuang ego aku. Dan,yang pertamanya, kawan lama aku, dah pun mula datang ke tingkat 13. Tak banyak yang kami bualkan. Cuma yang aku ingat, semalam ketika kemabukkan, aku ada berbual dengan dia.Rasa macam rindu.