Selamat Hari Raya

Ingat lagi, masa cuti perayaan Aidilfitri? Bila mana semua adik beradik kamu balik ke kampung bersama dengan keluarga mereka.

Dan, kamu semua akan melakukan semua yang patut menjelang datangnya hari perayaan itu. Ada yang mengemas sampah, menyediakan kek dan biskut raya, memasang langsir, atau menjahit baju. Semuanya dilakukan atas nama solidariti perayaan.

Bila malam, kamu akan melihat anak-anak kecil bermain dengan bunga api, dan di hujung kampung, kedengaran dentuman meriam buatan sendiri oleh remaja-remaja kampung. Di keliling rumah, meriah dengan suara anak-anak kecil, dan lampu-lampu likur yang menerangi segenap kawasan.

Kamu, yang masih muda terpaksa tidur di ruang tamu bersama dengan anak-anak saudara kamu, dan mungkin adik beradik yang lain, bagi memberikan peluang kepada yang dah bekeluarga, untuk tidur di dalam bilik. Sebelum tidur, kamu semua akan berbual mengenai segala hal. Dari masalah sendiri, kepada masalah dunia. Dari kisah kanak-kanak kamu kepada kisah jiran kamu yang menggelikan hati.

Well, aku tak ada semua tu.

Cuma, setelah beberapa tahun aku hidup, barulah aku dapat merasakan suasana perayaan itu, semalam. Ketika iblis-iblis dan separa iblis datang ke rumah aku, setelah pulang dari Femme Fest. Aku tak pasti, apa yang berlaku. Tapi, sekurangnya bila aku bangun, mereka semua sedang terbongkak tidur di ruang tamu, dengan TV yang masih terbuka, dengan di atas meja makan, penuh dengan kotak Pizza percuma, dan beberapa sisa makanan.

Kepala aku masih sakit. Tapi, aku rasa semalam dah cukup sakit sampaikan aku sendiri dah mula mual dengan rasa-rasa ni.

Ok, Selasa aku memang perlu kembali ke klinik.

Bengalore

Baru balik dari klinik, aku terus pasangkan lagu-lagu Dylan. Sebenarnya, aku nak tukar CD lain, tapi, sebab aku malas nak mencari dan malas nak buka penutup pemain CD tu, aku biarkan Dylan berputar dan terus berputar.

Balik dari klinik. Hari ni, si F adalah hero aku. Kenapa? Sebab, dia datang ke klinik, dengan memakai baju sejuknya (yang mana untuk kami di pejabat, sangat efektif untuk menutup one big barrel yang kami miliki) dan menghadiahkan aku sejumlah air kencingnya.

Ya, aku disuruh untuk mengambil ujian kencing. Memang membosankan kalau dapat doktor yang tak faham tentang kita. Lagi membosankan kalau cara percakapan doktor tu, macam sedang memmbaca buku perubatan. Memang bosan.

Lagi bosan, kalau dia tak berikan aku surat cuti sakit atas alasan, dah lambat.

Jadi, aku agak sedih. Selasa ni, aku kena datang semula ke sana, dan menghabiskan duit syarikat aku, untuk membayar semua kos itu, dan akan jalani satu lagi benda yang aku tak suka. Tapi, takpe. Aku pun dah tak sanggup nak tanggung sakit kepala ni.

Tapi, takpe. Dr R janjikan aku sesuatu yang bagus dari Johor dan rasanya esok, akan ada banyak alkohol-alkohol yang akan memberikan aku kesihatan yang bagus.

Bosan.

Femme Fest

Aku rasa, Nana- teman serumah aku, tak tahu yang aku tak bekerja hari ni, dan masih terbaring di dalam bilik. Sebab tu, dia nyanyi dengan penuh yakin dan semangat di luar sana. Nyanyi bersama-sama dengan bandboy yang aku tak pasti apa namanya.

Apapun, aku sakit kepala. Kebelakangan ni, memang rasa nak pecah kepala aku. Biji mata aku seolah macam nak lari keluar dari tempat tinggalnya. Memang macam sial memandangkan, ada bebeapa hal yang nak aku nikmati dan lakukan di dalam masa terdekat ni, dan rasa sakit kepala ni, membuat aku mood aku hilang.

Mungkin, macam period pain.

Cadangnya, aku nak ke klinik. Tapi, sakit kepala aku, macam buat aku malas nak bangun. Tapi, aku kena pergi juga memandangkan aku perlukan surat cuti. Kalau tak, nanti cuti tahunan aku akan dipotong. Lagipun, bekalan ubat aku, dah pun berkurangan. Dan, aku perlu berjumpa dengan Dr. D.

Apapun, tinggal lagi sehari untuk aku bersama dengan iblis-iblis yang akan mengahabiskan masa mereka di Femme Fest, pesta sambil belajar untuk manusia-manusia yang dah bosan dengan kelas yang mereka hadiri. Kelas yang ada terlalu banyak penipuan dan dogma yang melucukan.

Sehari je lagi, dan mungkin esok, kita semua akan dapat melihat jasad-jasad pemabuk-pemabuk murahan terlentang di tepi kedai atau di atas tangga. Nantikannya.

Gua, nak kena keluar. Klinik!

Broken Bones

Serius, kalau sekarang, ada beberapa set makanan segera tiba-tiba dihantar oleh Ayah Pin, aku yakin aku boleh habiskan semuanya sekali.

Lapar sial!

Tapi, kalau aku disuruh membuat pilihan, sekarang samaada untuk menikmati berpuluh set makanan segera ataupun berbaring di sebelah Bintang, aku pasti akan lupakan tentang semua makanan itu.


Dan malam ni, aku rindukan dia.


Mata aku, pernah berdepan dengan muka yang paling nakal dalam hidup aku. Begitu dekat sehingga aku dapat menikmati kenakalan wajahnya.

Dan, malam ni, aku rindukan dia.

*Haish!

Celaka Dylan!

Entah kenapa, aku terasa macam kipas belakang aku ni, berputar dengan laju. Kipas sama yang diperlekehkan oleh kawan-kawan aku tiap kali mereka datang ke sini. Kipas yang berjaya membuatkan Aely mengeluh ketika berada di dalm bilik aku dan kipas sama yang berjaya membuatkan hubungan kelamin lebih hangat.

Mungkin, memang cuaca sejuk malam ni.

Anyway, aku masih lagi cuba untuk menghasilkan gulungan rokok yang lebih baik dari sebelumnya. Tapi, selalu hasil yang datang mencewakan aku. Seperti mana kecewanya beberapa rakan aku malam ni, kepada hidup dan situasi yang mereka sedang jalani.

Seorang, dengan kenangan lampau bersama teman wanita istimewa. yang lagi satu, berdebar menantikan sama ada SMS yang dihantar kepada orang yang pernah berkongsi hidup dengannya satu masa dulu terbalas atau tidak.

Yang lagi satu, sibuk dengan beberapa hal yang membosankan. Dan, Abang Bulu, dengan masalah bil telefon yang dia tak pernah gunakan itu.

Semua orang memang pernah, masih dan akan kecewa. Itu adalah part of the game-nya.

Aku sendiri sedang kecewa dengan lagu Bob Dylan malam ni. Aku terasa seperti ditipu. Dan selama ini, aku mendengar kepada penipuannya.

Babi!


Abang Bulu.

Aku anggap diri aku, agak bertuah. Walaupun selalu ditimpa malang, sekurangnya aku masih lagi punyai kawan yang sanggup melayan aku, bermain permainan kad UNO di dalam bilik aku yang bersepah ketika diri aku sedang terbang ke ladang herba.

Dan, bertuah sebab aku masih punyai teman-teman yang sudi menghabiskan masa mereka, selepas waktu bekerja untuk bersama dengan aku menikmati segelas teh tarik halia, dan sambil-sambil berbual tentang dunia yang semakin rabak koyaknya ini. Dan, aku masih lagi ada kawan untuk aku ceritakan tentang seorang pekerja UOB Bank, yang selalu buat selera makan aku hilang tiap kali aku melihatnya. Oh, indah.

Dan, aku masih lagi punyai teman yang masih mahu bersama dengan aku, menikmati Skol Super di beberapa buah kedai, sambil melayan mulut aku, yang selalu merapu tentang banyak hal. Hal yang Punk Rock, separa Punk Rock, atau tak Punk Rock langsung.

Aku bertuah, kerana aku masih lagi ada teman yang mahu bersama dengan aku, menghabiskan masa kami dengan berbual tentang kehidupan. Tentang indahnya satu sudut dunia ini, di tengah-tengah kegilaan manusia yang makin melampau.

Tapi, aku tak sebertuah si Kawan aku. Abang Bulu.

Tapi, aneh bila dia sendiri katakan yang dirinya terasa seprti kosong dan jaded sedangkan baru semalam aku bersama dengannya di meja makan, sambil aku nikmati teh tarik halia dan roti telur aku bersama dengan dia dan si Bintangnya. Bintang baru. Bintang ke-2.

Tapi, entah apa yang difikirkannya sampai dia terasa kosong.

Mungkin, terlalu banyak mendengar kepada lagu Dewa- Kosong. Agaknya.

Aku tak pasti. Tapi, aku masih agi berasa yang dia sangat beruntung bilamana orang yang selama ni, disukai secara diam-diam, membuat pengakuan yang dia sebenarnya telah lama jatuh hati pada si Kawan aku ni.

Tak macam aku, yang hanya mampu melihat orang yang aku suka secara diam-diam dari belakang warung belakang lorong di tempat kerja aku, atau di depan Bank UOB, di depan perhentian menunggu bas, dan berasa seperti, stalker yang....macam sial.

Ataupun, macam si L, yang cinta gelapnya pada Bobo, selalu membuatkan dia runding.

Haih. Abang Bulu, aku tak pasti kenapa kau masih rasa empty and jaded.

Petang

Tadi, ketika di meja kerja aku, aku berbual dengan seorang teman wanita di telefon sambil aku mendengar dia merungut tentang banyak hal. Dan, salah satunya, adalah mengenai isu gender.

"Si A pun kata, kebanyakkan lelaki yang into scene yang dia kenal, sebenarnya dalam diri mereka, tak seperti yang kita nampak di luarnya. Mereka berhujah pasal punk rock, pasal itu dan ini. Tapi, diorang sibuk untuk suruh dia berhenti merokok, minum and all..."

Di sebelah telinga kiri aku, terpasang lagu-lagu perlahan dari Radiohead.

Aku tertawa kecil memandangkan, aku sendiri yakin, ini bukanlah hal yang baru. Dan ini, bukanlah hal yang pelik. Benda ni, memang selalu akan berlaku.

"...itulah, kalau anggap punk rock tu, muzik je" rungutnya di hujung talian.

Aku sendiri tak menafikan semua ini. Tolak tepi, gender. Tolak tepi, lelaki atau perempuan. Bagi aku ini masalah yang datang bukan kerana jantina seseorang itu. Ini datang atas sebab yang lain. Atas sebab yang banyak.

Dan, aku sendiri tak menafikan yang selalu ketawa sendiri bila teringatkan seorang manusia yang pernah aku nampak, berhujah menegakkan pegangan agamanya yang suci, yang selalu mengharamkan alkohol. Berhujah dan menjadi fasis sambil mulutnya kuat berbau liker.

Dan, kadang-kadang aku sendiri terasa buntu memikirkan tentang apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka yang menjerit-jerit tentang idea kemelayuan, atau tentang superioriti mana-mana bangsa sekalipun, tapi tetap mahu berpegang pada idea yang jelasnya datang dari satu bangsa yang lain. Mungkin, aku bodoh atau mereka terlalu ironi.

Dan, aku pernah terasa bodoh bila berbual dengan seorang kawan yang mengajak aku melakukan aksi menentang masalah perkauman. Tapi, beberpa hari selepas itu, dia sendiri mengungkapkan kata-kata yang bagi aku jelas membuktikan yang dia ada prejudis kepada bangsa lain.

Jadi, bila kawan aku merungut tentang itu, aku langsung tak terkejut. Aku langsung tak terkejut kalau-kalau ada yang menjerit "takkan melayu hilang di dunia..." di atas pentas persembahan Punk.

Kononnya.

Tadi, kononnya aku nak kemas bilik. Jadi, aku mulakan dengan satu kawasan yang kecil. Di tempat yang mana aku letakkan deodoran aku, di depannya ada cermin dan juga beberapa jenis ubat yang pernah aku salahgunakan. Dah lama benda tu terletak kat situ. Berhabuk luarnya. Tapi, aku tetap letakkanya di sana, just in case.

Kononnya, nak kemas bilik. Sambil Nostalgia datang menyerang bilik aku dengan lagu-lagu lajunya, aku kononnya nak kemas bilik. Jadi, aku selak-selak sikit, apa lagi yang tersimpan di sana. Di bawah timbunan barangan yang kebanyakkannya tak perlu ada di sana.

Mata aku terpandang beberapa benda.

5 paket Nesvita Oat.

Sial!

Baru aku teringat. Beberapa bulan lepas sebenarnya, aku ada beritahu mak aku, yang aku nak berdiet untuk memastikan yang aku boleh pakai semula semua pakaian aku yang dah mengecut tu. Dan, mak aku, pun menasihatkan aku untuk mengambil makanan ni. Mudah kenyang.

Jadi, aku beli sebungkus besar, aku letak di rumah mak aku, dan aku bawa pulang ke Kota Lucah, beberapa bungkus.

Itu, beberapa bulan lepas. Sekarang, masih berbaki bungkus.

Memang betul kata kawan aku. Aku memang perlukan dispilin di dalam menjalani kehidupan aku sendiri.

Almari Baju


Menyelongkar almari pakaian di hari Ahad sambil ditemankan oleh muzik-muzik dari Ramones, membuatkan aku patah hati.

Kenapa?

Sebab, aku jumpa banyak baju dan seluar lama aku, yang aku selalu rindui di dalam sana. Tapi, malangnya, seluar yang pernah aku pakai satu masa dulu, kini, hanya mampu untuk ditarik sehingga ke paras peha aku. Baju yang dulu pernah menemankan aku pergi ke acara-acara kemabukkan, kini kelihatan seperti baju-baju yang aku pinjam dari kawan-kawan aku yang kurus.

Aku sedih.

Aku sedih sebab semua baju dan seluar aku, dah pun mengecut. Hidup, memang tak pernah adil.

Mac Baron

Babi!

Macam yang aku beritahu, aku tak pernah peduli tentang semua ni. Apa pun yang dilakukan oleh pemerintah, atau orang yang berkuasa, tak ada kait mengait dengan aku walaupun ia akan memberikan kesan kepada aku. Apa pun yang aku lakukan, apapun yang kita lakukan, kuasa masih lagi di tangan mereka.

Siapa pun yang memegang kuasa, mereka tetap sama.

Mereka tetap kelompok yang memegang kuasa.

Bodoh!

"...sambil makan kerepek tempe dan kacang pedas yang dihiasi dengan ikan bilis goreng"


Bilik aku masih lagi bersepah. Ada banyak habuk rokok, dan sisa tembakau Mac Baron di merata tempat. Khususnya, di depan laptop aku. Buku-buku dan majalah-majalah, bersepah di sana sini. Baju kotor? Jangan ceritalah. Wayar berselirat, kotak rokok Sampoerna Hijau 14, Marker Pen, CD Chumbawamba, pemetik api, nota-nota ringkas bertulisan tangan, bateri laptop, botol-botol kosong, dan sampul surat berada di mana-mana.

Aku malas walaupun aku punya niat untuk membersihkan bilik aku sejak Jumaat lepas. Tapi, aku tak kisah, sebab mak aku pernah pesan, kalau dah ada niat pun, dah kira ok lah. Jadi, aku sebagai seorang anak yang dah mula nak berbaik dengan ibunya, menurut saja.

***

Kadang-kadang, aku kesian dengan kawan-kawan aku, yang selalu cuba untuk berbual secara politikal dan Punk Rock dengan aku. Yang selalu cuba untuk berbicarakan tentang isu-isu berat (menurutnya), isu-isu dunia, dan isu-isu politik. Kawan-kawan yang selalu cuba untuk bercerita tentang betapa hebatnya revolusi atau apa sekalipun.

Kadang-kadang aku terasa bersalah kepada mereka. Kenapa?

Sebab, jujurnya, aku memang tak pernah peduli tentang semua itu. Aku cuma mahu mereka tahu, aku manusia. Aku manusia yang berbual tentang warna baju yang aku gemari, tentang seksual, tentang ghairah. Aku manusia yang berbual tentang betapa bosannya kerja, betapa tertekannya keadaan ekonomi diri aku sendiri sekarang, dan aku manusia yang berbual tentang John Frusciante yang datang sebagai Jesus di era moden ni.

Aku bukanlah se'politikal' seperti yang difikirkan mereka. Aku hanyalah everyday guy yang berbual tentang apa yang aku rasakan perlu. Aku tak rasa hanya dengan menggelarkan diri kita sebagai Punk Rock, kita perlu berbual yang "berat-berat" selalu. Lagipun, apa yang beratnya? Apa yang politikalnya?

Berbual tentang warna baju pun, bagi aku dah cukup politikal, dah cukup berat untuk aku.

Kadang-kadang, aku jadi bosan bila duduk bersama dengan kawan-kawan, dan tiba-tiba situasi itu menjadi seolah kami semua sedang berada di dalam bilik mesyuarat ahli-ahli politik yang membosankan. Mereka berhujah tentang itu dan ini, dan ironiknya, aku akan turut sama berhujah, tapi hujah aku biasanya, akan lari dari apa yang sedang dibicarakan sebab kurangnya pembacaan aku.

Aku kadang-kadang terfikir, kenapa kita perlu lakukan semua ini? Kenapa kita perlu duduk berbual tentang semua kegilaan ini, sedangkan kita boleh gunakan masa itu, untuk berbual sebagai manusia. Berbual sebagai manusia yang hidup. Bukan sebagai Punk Rock. Aku dah mula mual.

Aku mula mual bila semua orang ingat, menjadi Punk Rock, seharusnya menjadi politikal sedangkan apa yang aku percaya, menjadi Punk Rock, adalah menjadi diri sendiri, dan menjadi manusia, di dalam masa yang sama.

Jadi, kalau nak berbual mengenai politik, marilah kita berbual sebagai manusia. Bukan sebagai Punk Rock. Punk Rock yang akan selalu menyalahkan pemerintah bila mana berlakunya hal-hal yang mereka tak suka. Sedangkan, kadang-kadang, mereka sendiri yang menyumbang kepada berlakunya hal itu.

Aku tak tahu, mungkin aku ni, memang tak sesuai duduk berbual dengan Punk-Punk Politikal kerana ketidak-politikalan aku.

Aku rasa, baik aku duduk dengan budak-budak rumah aku, sambil menonton filem dan ketawa macam orang gila, sambil makan kerepek tempe dan kacang pedas yang dihiasi dengan ikan bilis goreng.

Itu, lebih politikal dari berbual tentang revolusi yang kita tak faham hujung-pangkalnya.

Kisah Romantis Propaghandi, Trek Tren, Cahaya Matahari, dan Mac Baron

Ketika sedang mendengar kepada "Hallie Sallasse, Up Your Ass" oleh Propaghandi, yang terpeik dan terlolong menjerit-jerit perkataan "...Fuck Zionisme, Fuck Militarism, Fuck Religion", aku mendapat satu SMS.

" I am sick of this world" terpampang sebaris ayat yang dihantar oleh kawan aku.

"Apahal" balas aku sambil aku sibuk menggulung rokok.

"Aku tak puas hati dengan politik, lah" balasnya.

Aku habiskan gulungan rokok aku, dan bila siap, aku bakarkan hujungnya. Dengan lagu
"Hallie Sallasse, Up Your Ass" masih lagi berkumandang perlahan di dalam bilik aku, aku hembuskan asap rokok ni, bebas ke udara. Sebebas yang mungkin.

Dan aku tersenyum sinis.

Kawan, kalau kau puas hati dengan politik tu sendiri, maknanya, politik tu, adalah politik kau. Selagi engkau masih berada di kelas bawah, selagi kau masih lagi belum berkawan dengan ahli-ahli politik, maka engkau tak akan pernah puas hati dengan apa yang terjadi.

Sebab apa?

Sebab politik diciptakan untuk memberikan kepuasan kepada ahli-ahli politik dan rakan-rakan mereka. Apa kau expect untuk bersuara di bawah jajahan ahli-ahli politik?

"Kawanku, Up Your Ass!"

Aku tersenyum bila fikirkan tentnag kawan aku. Punk Rock yang masih punyai harapan bahawa satu hari nanti, politik akan berpihak kepada rakyat.

Kawan, sila bangun dari tempat tidur mu. Azan Zuhur dah berkumandang.

Kawan Sekolah Aku


Rasanya dah bertahun aku tak dengar pada lagu-lagu Nirvana. Dan kebelakangan ni, (spesifiknya, sekarang ni) aku sedang melayan lagu Breed. Dan kepala aku sedang ligat teringatkan tentang waktu sekolah aku, yang selalu dipengaruhi oleh lagu-lagu Nirvana, yang "kotor dan selekeh..." menurut kata mak aku yang terpaksa bersama dengan aku menonton pita Live Tonight Sold Out.

Ingat. Pita!

Apapun, tak ada yang lebih hebat yang boleh berlaku di hari Ahad selain dari bangun lewat dan menikmati bunyi laungan azan yang kuat dari dalam bilik aku. Nyaman.

Tadi, kawan lama aku SMS aku, dan bertanyakan aku tentang beberapa soalan. Soalan yang ditanyakan aku, memandangkan sejak sekolah, dia tahu, yang aku ni minat pada muzik, dan di dalam kepalanya, kalau bercerita tentang muzik, pastinya dia akan teringatkan aku.

Soalan cepu emasnya;

"...kau boleh burnkan lagu-lagu untuk aku tak?"

Dan aku balas, "boleh, kalau lagu-lagu tu ada dalam simpanan aku. Apa yang kau nak?" sebagai tanda aku ingin membantu, kalau boleh.

Dan, dengan pantas dia memberikan aku list.

"Cinta Abadi (Black Rose), Kain Cinta Putih (Putra), Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim), Sepohon Hati/Memohon Diri (Spoon), Sebelum Cahaya (Letto), Kalimah Cinta (Amy Search), Situasi (Bunkface), Aku Takkan Bersuara (Nike Ardilla), Ingatku Dalam Doamu (Stings), Tanpamu (Farawahida), Aku Hanya Serangga (BPR), Mengulit Kenangan (Data), Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Pengemis Cinta (Ella)"

Agak-agak, apa yang aku buat?









Aku tarik selimut aku, aku letakkan telefon aku di hujung tilam aku, dan aku kuatkan semula volume lagu Situasi.

Gagalis

Kalau tahun-tahun sebelum ni, bulan Februari pastinya dinantikan oleh hedonis-hedonis yang selalu berkeliaran di kawasan CM. Tapi, tahun ni, tak ada. Tahun ni, tak akan ada malam 16 Februari yang pecah. Tak akan ada lagi malam menyambut ulang tahun pembukaan Bau-Bau Kafe dan Ricecooker Shop (agaknya).

Jadi, menyedihkan bilamana kami semua, yang terdiri dari manusia-manusia gagal, atau separa gagal, yang tak mahu meraikan malam Valentine seperti manusia lain, tak punya tempat untuk berhibur dan bertemu sesama sendiri, atas satu nama- Gagalis.

Jadi, apa yang boleh dilakukan?

Nampaknya, mungkin Restoren 88, akan menjadi sasaran untuk melepaskan apa yang patut. Tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan rasa dahaga tekak aku ni. Tekak yang dah penat berkata-kata kepada dunia yang memang tak akan pernah dengar atau cuba mendengar sekalipun.

Tapi, tak apa. Malam masih muda. Hari masih awal.


Long and Whining Road

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag as many friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
->Johnny Appleseed- NOFX

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
-> No Direction- Bad Religion

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
-> Straight Edge- NOFX (macam sial!)

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
-> Get Duffy- Primal Scream

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
-> Jet Black- Jawbreaker

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
-> Kisah Klasik Untuk Masa Depan- Sheila on 7

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
-> I Dont Live Today- Jimi Hendrrix

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
-> Dying Song- John Frusciante

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
-> Deja Vu Beirut- Kah Roe Shi

10. WHAT IS 2 + 2?
-> Hurricane- Bob Dylan

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
-> Back to Motor League- Propaghandi

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
-> Do Not Consider Yourself Free- Embrace

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
-> Kereosene- Bad Religion

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
-> International Cover-Up- Rancid

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
-> Capitalism Stole My Virginity- The International Noise Consiracy

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
-> Life is a Pigsty- Morrissey

17 WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
-> A Wolf at the Door- Radiohead

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
-> Buy Me a Mercedes Bendz- Janis Joplin

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
-> Exit Music (for a film)- Radiohead

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
-> Timebomb- Rancid

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
-> Saturday- Petrograd

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
-> Long and Whining Road- Public Enemy



Aku nak tag.... sapa-sapa je la. Lantaklah. Aku dah taip panjang-panjang tadi, dengan penuh emosi, sekali tak boleh hantar. Aku back banyak kali, terus hilang.

Aku kutip benda ni, dan aku buat la.

Fuck me off!