Telefon Bimbit Rosak

(Sekadar gambar hiasan. Ini bukan Nana, dan ini bukan dinding tingkat 13, ataupun dinding kedai Steven Corner)

Tahniah. Hari ni aku tak kerja. Langsung, selepas aku menghabiskan masa aku di Klinik Doktor Ding, aku bergegas untuk ke rumah Doktor Sakit Jiwa.

Dia buka pintu, dengan rambut panjangnya yang masih kusut. Mata sepetnya, ditenyeh sebaik mungkin. Wajah comelnya, dan t-shirt kuningnya, memberikan aku satu imaj yang sangat comel. Sesekali, dia pegang bahu aku, dan dipicitnya dengan baik sekali, dan di tengah-tengah itu, diselitkan sekali dengan senyumannya yang menawan.

"Kopi?" tanyanya kepada aku. Aku, yang sedang sibuk memegang beg aku, hanya mengangguk.

"Get it yerself..." balasnya sambil tersenyum di satu sudut di dalam biliknya. Masih lagi terpasang dengan perlahan CD Ramones semalam. Semalam, ketika aku meninggalkan dia untuk bertemu dengan kawan-kawan munafik di Bukit Binatang, CD itu masih lagi terpasang di dalam pemain CD itu. Jadi, aku konklusikan yang dia pun dah terjangkit dengan apa yang selama ni aku hadapi. Penyakit malas nak tukar CD.

Sambil memegang cawan kopi yang agak panas itu, aku nikmati lagu-lagu Ramones, sambil mata aku sibuk melihatkan kepada dia yang sedang sibuk mengemas katilnya. Dengan seluar tidur yang comel, dia melakukan semua itu. Sesekali, dia menarik-narik tali yang terletak di keliling pinggangnya bila seluar itu seolah mahu terlondeh.

"Nak makan lunch sama?" tanyanya kepada aku.

"...atau mungkin funch?" katanya sambil gelak.

Bodoh ni. Getus hati aku. Biasalah. Hari Jumaat. Cuaca masih lagi belum panas. Jadi, masing-masing ada nafsu nak melepaskan air.

Dia berlalu pergi ke bilik mandinya, sambil membetulkan tali branya. Kebiasaan untuk dia, tak pakai Bra waktu malam.

"Panas, nyah..." katanya. Jadi, dia berlalu di depan aku, sambil mencapai berus gigi. Di wajahnya terlihat satu imej yang tenang dan senang. Aku cemburu dengan itu.

"Tapi, tak ada apa yang perlu dicemburukan" tak semua orang ada apa yang aku ada. Dan tak semua benda yang orang lain ada, aku ada. We are all those missing chapters. Bak kata si Doktor Sakit Jiwa ni.

Mungkin.

Dan, dia mencampakkan dari dalam bilik mandinya, seluar dalam hitamnya ke dalam bakul yang terletak di tepi pintu bilik itu.

Aku di luar bilik, dan Ramones masih menggila.

Alhamdullihah, aku homoseks.

2 Cacian Balik:

zeezam said...

haha

sauhie said...

kote baru nak keraih