
Duduk di dalam bilik dengan sofa biru dialihkan di tengah-tengah bilik- untuk menambahkan kekacauan di dalam bilik ini, dengan gitar di beberapa tempat, dan kabel-kabel hitam, dan hijau berselirat di merata tempat, habuk rokok merata tempat. Kotak rokok pula, seolah dah pun mendominasi bilik ini. Beg-beg yang selalu menjadi penyimpan barang-barang dosa aku, aku letakkan di beberapa lokasi. Tuala, baju kotor, seluar yang dah seminggu tak basuh, dan boxer bersih, ada di merata tempat. Tembakau murah, dan mahal, di bawah meja. CD-CD, sarung CD, dan kaset terletak di atas meja. Gambar John Lennon, masih tertampal. Gambar Aely dah jatuh, tapi aku belum ada masa untuk tampal balik. Set Chess kayu ada di bawah meja- kesunyian. Kertas-kertas yang pernah aku gunakan untuk aku letakkan daun ganja, terbiar di tepi kotak yang aku tak pasti apa fungsinya. Ada satu kole berisi air di atas meja. Tapi, aku tak tahu, sejak bila ia ada di sana. Helmet basikal aku, ada di atas kotak, yang aku tak tahu kenapa perlu ada di situ. Tapi, aku membiarkannya sahaja.
Di keliling aku, Manics sedang menemankan aku- walaupun dia tahu, aku sedang cuba sedaya mungkin menjadi pembenci kepada manusia-manusia yang cuba diselamatkannya.
Sesekali, ketika kepala aku yang sedang berat dengan bahan-bahan ubatan yang aku eksperimenkan ke atas diri aku, aku terfikir akan diri aku. Tapi, di satu sisi lagi, aku katakan pada diri aku, jangan pedulikan apa-apa. Aku dah tak ada masa untuk merasa bodoh untuk kali yang ke berapa. Jadi, bila lagu apa sekalipun yang aku dengar, atau aku baca aku tak boleh nak biarkan semua itu, mempengaruhi aku. Aku dah tak boleh nak biarkan semua itu mempengaruhi aku untuk kembali berharap bahawa akan ada dunia yang lebih baik untuk manusia.
Aku cuma boleh berharap agar aku akan terpengaruh dengan beberapa fail pdf yang aku baru download tadi. Fail-fail yang terisi dengan idea-idea fasisme, dan ketamakkan kuasa. Penuh dengan bara kebencian. Yang mungkin boleh memberikan aku inspirasi untuk menjadi pembenci yang cekal. Aku perlukan semua ini walaupun dalam diri aku, memang dah sedia ada semua kebencian ni. Tapi, aku masih perlu membaca.
Jadi, mungkin aku akan sibuk membaca tulisan-tulisan Hitler, tulisan-tulisan Stalin, dan juga beberapa naskah fail dari pemegang atau organisasi Neo-Fascism yang aku jumpa.
Jadi, aku akan habiskan masa aku di dalam bilik untuk membaca semua buku dan tulisan tentang penidakkan kepada keharmonian sesama manusia. Aku akan habiskan malam aku dengan membaca tentang kebencian.
Sambil mendengar lagu-lagu Bad Religion, dan lain-lain punk yang hebat.
Bukankah kita semua memang ironik?

3 Cacian Balik:
penidakkan kepada keharmonian sesama manusia? aku boelh jwb, walupun aku bkn golongan intellect atau kaya terpejalr. hahaha..
anyway dude..nanti lwn chess g. ahaha..
Bro, cuba dengar ini http://istartedthisblogtogetdates.blogspot.com/2009/06/leftover-crack-fuck-world-trade.html
ironik.
Thanks, bos. Leftover? Sapa tak minat? Gay Rude Boys Unite. Aku suka lagu ni.
Post a Comment