Bulatan Kampung Pandan

(Sekadar gambar hiasan. Tak ada kena mengena dengan Nana, Salleh, kasut biru, Jalan Yap Kwan Seng atau Bulatan Kampung Pandan)


Lepas kerja, aku bergegas pergi memenuhi temu-janji yang dah pun dibuat awal sebelum ni. Temu janji yang dibuat untuk membantu aku 'get back on the track', bak kata kawan aku.

Jadi, dengan baju Minor Threat, aku mengayuh bersama dengan Nana, merentasi manusia-manusia arogan yang selalu megah dengan jentera-jentera mereka yang memualkan kepala aku. Aku tak ada masalah dengan mereka. Tapi, bila mereka macam sengaja nak menunjukkan macho mereka, atau ego mereka sebagai seorang yang hebat, aku terus rasa sakit tekak.

Terutamanya, Mat Rempit yang bawak bohsia di belakangnya. Macam sial! Nak ketawa-ketawa tengok orang naik basikal. Aku, langsung tak nak hiraukan dan langsung, aku terus tumpukan perhatian aku kepada destinasi aku, dan lagu John Frusciante yang sedang bermain di earphone aku. Kenderaan di jalan raya, tak banyak macam waktu pagi. Bila petang, atau malam, keadaannya lain sedikit. Orang tak berkejar sangat nak pulang ke rumah, unless kalau di rumah, ada jamuan seks.

Apapun, pergi ke rumah Doktor Sakit Jiwa yang aku kenal, memberikan aku seperti satu harapan tentang diri aku. Tentang diri aku yang dah penat untuk melihat semua ini. Maksud aku segalanya. Jadi, aku kuatkan semangat untuk mengayuh ke sana, walaupun di Bukit Binatang, ada beberapa orang kawan aku, yang datang dengan basikal masing-masing, sedang menunggu aku, dengan sepotong kek yang telah ditinggalkan oleh salah seorang Borders Brotha, untuk aku. Aku memang perlu mengayuh ke rumah Doktor Sakit Jiwa itu.

Kembali kepada malam semalam. Doktor Sakit Jiwa, telefon aku. Tanyakan tentang keadaan aku. Memandangkan dia dah mengenali aku sejak beberapa ketika- sejak dia mula-mula membaca 'buku tak masuk akal, dan buku tak faham' yang bertajuk Bintang Kertas, dia menghubungi aku setelah dia dapat merasakan bahawa aku sedang di dalam konflik yang sangat berat.

Dari mana dia tahu? Itu rahsia.

Anyway, tadi setelah aku berpeluh-peluh mengayuh ke rumahnya bersama dengan Nana, aku sampai dengan selamat walaupun di dalam diri aku, sumpahan dan seranahan yang ada, boleh aku jadikan buku. Tapi, aku tak hiraukan semua itu. Segelas air, dah memadai, dan segulung rokok, atau mungkin, jika bernasib baik, beberapa pusingan menghisap herba, dah sangat memadai. Jadi, dia hulurkan segelas air kepada aku. Di dalam biliknya, terpasang perlahan lagu Ramones- KKK took my baby away.

Aku senyum pada dia. Dia senyum pada aku.

"Sometimes, bila kita buat sesuatu tu, bila dalam keadaan tertentu, dalam sesetengah situasi, kita boleh jadi sangat mementingkan diri..." katanya kepada aku setelah aku menceritakan tentang apa yang aku rasa. Aku hanya memegang segelas air tanpa alkohol yang sejuk. Tak ada alkohol, tak ada pil, dan tak ada herba. Cuma aku, dia, Ramones, dan Nana di luar sana.

"Kadang-kadang, bila kita buat sesuatu tu, kita perlu lebih utamakan keperntingan kita. Macam kau selalu cakap, kitalah yang selalu neglect diri kita sendiri, bila kita selalu cuba nak entertain, dan nak penuhi kehendak hidup atau manusia lain.

Kadang-kadang, kita perlu ambil masa itu. Kita perlu jadi seorang yang mementingkan diri, kawan. Sebab, kalau bukan kita yang ambil berat pasal diri kita, siapa lagi yang akan buat semua tu?"

Aku hanya mengalihkan pandangan aku ke luar tingkap- kepada satu scene yang biasa aku tengok- jalan raya, manusia, kenderaan, dan kebodohan. Sesekali, aku alihkan pandangan mata aku kepada si Doktor Sakit Jiwa. Aku pandang kepada rambutnya yang panjang. Dan matanya yang cantik. Aku jarang ke sana. Kali terakhir aku ke sana, entah beberapa bulan yang sudah. Kali terakhir aku tidur di sana...oh, aku tak pernah tidur di dalam biliknya kerana, terlalu kemas dan bersih.

"Jadi, bila kau tanya aku tentang apa yang kau bakal nak buat esok- ambik cuti sakit dengan menipu doktor, dan membiarkan teman-teman sekerja kau merasakan azab yang kau tak suka, kadang-kadang boleh diterima oleh akal. Aku tahu macamana kau deal dengan semua ni, dan aku yakin, semua tu, sangat buruk.

Jadi, sesekali kau perlu redakan diri kau sendiri. Kau kena bawa diri kau lari dari perasaan marah tu. Benda tu, takkan pergi jauh dari kau sebab kau da embrace dia, macam kau embrace si bintang kau."

Entah. Aku tak pasti. Kadang-kadang aku fikir, aku nak jadi jahat. Aku nak balas dendam pada semua umat manusia. Semua, aku maksudkan. Aku nak mereka semua, merasakan kesal kerana pernah keluar dari lubang faraj itu. Aku nak mereka semua merasa malu untuk memanggil diri mereka sebagai 'manusia'.

Aku selalu punya imaginasi yang jahat. Yang kinky, dan yang marah. Dalam imaginasi aku, adanya darah. Adanya pecah kepala. Ada kepala manager yang dikelar. Ada buah dada yang dihiris dengan perlahan, dan adanya zakar yang disiat kulitnya.

Tapi, dalam masa yang sama, diri aku selalu mempersoalkan macam-macam hal. Yang mana, sangat memberikan aku ketidak selesaan ini.

Macam tadi, ketika di tempat kerja aku, aku katakan pada diri aku, dan aku katakan pada kawan aku, yang aku nak ambil cuti sakit esok. Sedangkan, aku tahu, kami semua tak cukup orang untuk menjalankan semua kerja gila yang dipaksakan oleh pengurus kami untuk kami siapkan. Mereka semua siapkan. Aku tak. Aku terlalu sibuk untuk merasa marah. Lagipun, aku seorang yang lembap dan tak produktif.

Jadi, untuk beberapa ketika ni, ditambah lagi dengan masalah dan isu lain yang aku hadapi, aku jadi semacam tertekan. Aku jadi menyampah dengan kebanyakkan benda. Aku jadi mual bila dengan suara manusia. Aku jadi malas, dan aku jadi marah. Dan aku sendiri, dah penat untuk merasakan api kemarahan itu berlumut di dalam diri aku.

Saban hari, aku rasa menyesal hidup, dan aku menyesal kerana menjadi sperma yang berjaya melekat di dalam sana. Aku menyesal kerana pada peringkat awal lagi, aku sendiri yang mengada-ngada nak berlumba dengan sperma yang lain. Dan akibatnya, datanglah satu jiwa yang telah mati ini. Jiwa yang kelemasan dibantai oleh ombak-ombak dunia yang sangat kuat ini.

Aku rasa kesal untuk meneruskan hidup, dan aku terasa kesal kerana hidup aku, punya komitmen untuk dilihat. Aku jadi menyesal pada banyak benda, sedangkan aku pernah berkata pada diri aku sendiri, bahawa kekesalan adalah satu kegagalan. Kerana, aku tak perlu menyesal bila apa yang berlaku, aku jadikan sebagai sebahagian dari proses pembesaran aku.

Tapi, entah.

Aku rasa, aku bukan marah. Aku cuma sedih. Sedih dengan apa? Aku tak pasti. Cumanya, di dalam diri aku, dengan jelas aku dapat dengar ada sebahagian besar jiwa aku sedang merintih dan menangis. Dan aku, yang kononya memiliki diri aku sendiri, yang menjadi tuhan kepada diri aku sendiri, tak mampu langung nak pujukkan jiwa aku itu.

Mungkin, kerana itulah aku jadi sedih. Dan, mungkin, kerana itulah aku dah mula nak menjauhkan diri dari banyak manusia. Aku tak nak kesedihan aku ni, makin berat. Aku tak nak rasa frust-nya kepala aku ni, menjadi semakin rabak. Kerana aku tahu, hidup di dalam kelompok kebanyakkan manusia, hanya akan memberikan aku rasa marah dan menjengkelkan.

Jadi, aku fikirkan kembali kata-kata kawan aku itu. Kata seroang Doktor Sakit Jiwa yang aku kenali. Aku fikirkan kembali ketika aku mengayuh bersama Nana. Ketika aku sedang ingin memeluk sang bintang, dan ketika aku mahu mencium si bintang di depan Nana.

Entah. Aku tak tahu. Malam ni, semangat fasis yang dibawa oleh jiwa-jiwa kosong yang menemankan aku untuk beberapa hari ni, seolah dah hilang.

Aku tak tahu, apa yang perlu aku buat. Pergi ke tempat kerja untuk sehari lagi, dan merasakan kemarahan, merasakan sakit, dan merasakan kesedihan itu, ataupun menghabiskan masa bersama dengan Nana, atau mungkin, menonton sekali lagi filem Millions dan menjadi seorang yang mementingkan diri.

Aku sedang berada di satu simpang jalan yang ada di dalam puisi sang Frost.

Tapi, mungkin apa yang selalu dipromosikan oleh Zee, tentang manusia lain, yang tak perlu kita fikirkan adalah benar dan boleh diguna pakai untuk kes ini. Mungkin, aku bukanlah mementingkan diri sangat, memandangkan manusia lain, ada yang lebih hebat dari aku, di dalam bidang mementingkan diri ni.

Mungkin, untuk kesekian kalinya, aku perlu lagi sekali, pentingkan diri aku ni.

Tapi....


"Tak ada tapi, tapi. Buat je..." balas si Doktor Sakit Jiwa.

Entahlah.

Mungkin, aku memang perlukan masa untuk merasa macam tenang sikit, agaknya. Duduk di dalam bilik, kemas apa yang perlu, baring di sofa, dan mendengar kepada lagu-lagu John Frusciante sambil cuba menulis sesuatu di dalam jurnal munafik yang aku miliki.

Entah.

Apa aku perlu jadi seorang yang mementingkan seperti itu, atau apa aku harus lari ke pantai?





p/s untuk beberapa ketika, aku rasa aku perlu larikan diri aku dari melakukan apa yang dah aku rancangkan. Seperti hari Sabtu ini, trip kemabukkan ke Langkawi terpaksa aku tolak ke tepi. Aku tak nak apa yang aku rasa ni, menganggu kawan-kawan aku yang lain.


Eppiey- I am on SMS

2 Cacian Balik:

, said...

lari ke pantai.

sauhie said...

boh candu sepinggan..