Tak ada Point

Beberapa tahun yang lalu- ketika aku masih berusia lewat sembilan tahun. Ketika tahun sidah hampir bertemu dengan akhirnya, pada ketika aku menantikan keluarnya keputusan peperiksaan akhir tahun darjah 3 aku.

Beberapa hari sebelum itu, kakak aku cakap pada aku, dia berjanji akan belikan aku sebuah basikal jika keputusan aku, kickin' ass. Dia harap, aku dapat nombor satu di dalam kelas.

Basikal?

Gila! Sebelum tu, aku memang tak pernah punyai dan miliki basikal. Walaupun basikal kecil. Aku ingat lagi, belajar mengayuh di rumah kakak aku yang lagi seorang yang pada masa tu, tinggal di Cheras. Basikal anak dia, yang jauh beza umurnya dengan aku. Tapi, kakak aku ni mampu nak belikan anak-anak dia basikal, walaupun sebuah untuk dikongsi dua.

Tapi, sekurangnya anak dia dah pun boleh mengayuh dalam usia yang muda, dan aku pula, memang tak tahu macamana nak mengayuh lagi pada masa tu. Kawan-kawan aku yang lain? Bukan setakat mengayuh, malah pam basikal pun mereka dah pandai.

Mungkin kerana aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan seorang kakak muda, membuatkan aku kurang terdedah dengan aktiviti-aktivi seperti ini. Seingat aku, pada usia tu, aku banyak habiskan masa aku untuk bermain sendiri di anjung rumah mak aku, atau sesekali, aku akan habiskan masa aku dengan bermain dengan seorang teman yang tinggal berdekatan dengan rumah aku.

Rumah kami berdua hanya dipisahkan oleh sebuah perigi yang masih aktif menakungkan air yang datang dari bawah tanah.

Jadi, berbasikal adalah sekadar angan-angan anak kecil yang tak punya idea tentang apa sekalipun.

Tapi, alhamdulilah macam satu keajaiban, nama aku memang diumumkan sebagai orang yang berjaya merangkul gelaran champion dalam kelas, walaupun aku tak aktig langsung di dalam bidang sukan. Aku ingat lagi, aku rasa mual bila aku tahu yang cikgu pendidikan jasmani aku akan mengajar kami untuk menanduk bola takraw.

Memang aku tak suka. Sukan tu, terlalu ganas untuk aku.

Aku berjaya mengalahkan ketua kelas aku walaupun aku cuma berjawatan misteri pada masa tu. Diskripsi kerja aku, sangat mudah. Aku hanya perlu berdiri di hujung barisan pelajar, dan aku perlu memastikan semua mereka memberus gigi selepas waktu rehat. Masa tu, aku masih lagi mewah dengan makan yang disediakan di bawah program RMT. Rancangan Makanan Tambahan, agaknya. Aku paling tak suka masa tu kalau aku dapat susu dalam kotak. Kalau tak salah aku, harga dia 30 ataupun 45 sen. Tak pasti. Tapi, apa yang aku ingat, aku akan jualkan air itu kepada kawan aku.

30 sen pada masa sekolah rendah pada masa tu, kalau tak salah aku, dah boleh beli mee goreng semangkuk. Sekarang? Nak masuk tandas di Central Market pun dah 50 sen.

Anyway, berbalik kepada cerita aku tadi, pasal keputusan aku, kakak aku pulang ke rumah selang beberapa hari setelah diberitahu, dengan menaiki kereta abang ipar aku- suami kepada kakak aku yang lagi seorang.

(jangan suruh aku huraikan tentang susur galur keluarga aku)

Dia letakkan basikal tu- basikal ala-ala BMX. Tapi, masa tu cuma seratus setengah je nilai dia. Warna crome, tak ada kangaroo. Tak ada gear or whatever. Cuma ada basikal berkepala BMX dan bewarna crome. Aku tak sempat berikan basikal itu nama.

Hari pertama aku kayuh basikal tu, berbekalkan kelas yang aku hadiri di rumah kakak aku di Cheras, ketika musim cuti sekolah- pada masa ni, abang aku yang lagi seorang yang tinggal di Cheras juga, belikan aku sebuah beg sekolah yang mahal masa tu. Kalau tak salah aku, harga dia RM60. Gila! Aku ni budak kampung yang bersekolah di kampung. Pastinya, beg aku akan jadi bahan perbualan bila sekolah bermula nanti.

Apapun, hari pertama mengayuhb basikal sendiri, bukanlah sesuatu yang menarik untuk diingati bila aku terlanggar side mirror sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan di sebuah jalan kecil. Bayangkan, di kanan aku, sebuah kereta yang bergerak bertentang dari arus aku, dan di kiri aku, ada longkang yang selalu aku bayangkan adanya kehidupan bernama ular besar di dalamnya.

Jadi, imej dan perasaan yang aku alami pada masa tu, aku ingat sampai sekarang dan rasanya, akan aku ingati sampai aku mati nanti.

Dan aku teruskan kayuhan aku untuk merentasi kawasan perumahan itu semua, dan kadang-kadang aku gunakan basikal tu untuk ke pasar awam. Kawasan yang aku rasa, macam buat aku rasa seronok walaupun aku tak suka pergi ke bahagian jual ayam. Aku rasa mual. Tapi, aku masih nak makan ayam.

Bila aku besar, basikal yang pernah aku kayuh untuk ke kelas malam tu, aku tinggalkan. Kalau tak salah aku, lepas aku habis sekolah menengah, aku beli sebuah mountain bike pada orang kampung aku, kalau tak salah. Juga tak punya nama.

Basikal tu menyimpan beberapa memori lama yang agak baik. Aku dan Aely, yang membonceng di hadapan- di palang depan tu, pernah dikejar oleh anjing liar. 3 ekor!

Dan, basikal tu jugak pernah menemankan aku membeli sebotol Jack Daniel setelah aku mendapat gaji.

Dan, yang pastinya pernah menemankan aku balik kemabukkan atau ketika sedang khayal dengan pil-pil.

Tapi, macam biasa. Tiap pertemuan pastinya akan diiringi dengan perpisahan. Kali terakhir aku menunggang basikal itu, bertahun yang lampau. Ketika aku masih bekerja di Bandar Kelawar itu. Dan, rasanya sekarang ni basikal tu dah ada pada anak kakak aku, yang tinggal di Ulu Tiram. Aku pun tak pasti.

Dan bila baru-baru ni aku membeli sebuah basikal, aku terasa yang dengan berbekalkan hanya beberapa batang besi yang dipateri bersama, dan sepasang tayar, aku akan kembali dan selalu menjadi muda.

Jadi, marilah kita beli basikal. Dan berriadah dengannya.

4 Cacian Balik:

azzief said...

aku dah terlalu lama tak berbasikal.

rindu pulak.

dulu aku ada basikal ala-ala BMX jugak lah. 80% of the time, syok gila. bila sampai bukit, aduhai.

mungkin, satu hari, aku akan beli basikal. dan berriadah dengannya. harap-harap la.

Salleh G. Samsa said...

Boleh je beb. Ko kumpul duit, lupakan tentang filem-filem expired dulu apa semua. Then, beli beskal, kita jalan-jalan, dan ko boleh amik gambar from the view of someone yang mengayuh. Haha.

azzief said...

haha. tu ah. terfikir gak camtu.

aku dah actually lama betul tak beli filem.

berapa RM kau beli basikal kau tu?

si tolol said...

basikal oh basikal.

dulu di bp, masa aku ingusan tak cukup wadah utk memberontak, ada berpuak2 geng basikal: knn la, budak momok la, anak dayak la etc. haha. yang skang ni yang dah, barangkali, dihimpunkan jadi PEKIDA jek. hahaha.

juga suatu ketika dulu, masa aku dah kenal apa itu punkrock n langgar curfew, ke mana2 aku berbasikal. sbb basikal dicuri jadik aku tumpang duduk di palang basikal dikayuh member aku ke mana2. hatta ke yongpeng sekalipun untuk skate. haha gila ahh.

paling tak bole tahan, suatu ketika, balik lewat malam 2 bulan sebelum spm, dan dari jauh dah nampak bapak kawan aku sedang menyeringai menunggu di depan kampung sambil menghunus rotan dari tempat duduk basikal dan aku dengan segera melompat daripada palang dan terus lari sembunyikan diri. aku selamat. kawan aku tak. hahaha.

basikal o basikal.