Nanako

Semenjak aku mengenali Nana dengan lebih rapat lagi, semenjak dia menemankan aku hampir ke mana sahaja, aku rasa hidup aku agak terisi. Setiap lorong dan jalan yang kami redah bersama, akan selalu memberikan gambaran yang hebat kepada aku. Dan setiap masa yang berlalu bila kami bersama, memberikan aku perasaan yang baik sekali.

Seperti satu terapi.

Agaknya, betul apa yang orang selalu kata, 'tak kenal, maka tak cinta'. Sebelum aku menjalinkan hubungan intim dengan Nana, aku rasa sangat tak berbaloi untuk aku keluarkan diri aku dari tempat persembunyian aku- di The Holiest 13th Floor. Aku benci untuk melangkah keluar, dan aku terasa takut untuk menempuhi jalan-jalan yang banyak, dan aku takut untuk meninggalkan koleksi tembakau yang baru aku gunting dan campurkan dengan tumbuhan segar yang aku beli dari seorang kawan.

Tapi, sedikit demi sedikit, Nana berjaya mendorong aku untuk keluar. Untuk berasa ketagih dengan dunia yang luas. Ketagih untuk berasa penat, dan ketagih untuk menikmati pemandangan yang menyayat hati kami ini. Aku tak kisah bila ada yang mempersendakan aku, dan aku tahu, mereka semua memang akan selalu mempersendakan hubungan aku dan Nana.

Kami bukanlah dari bangsa yang sama.

Semenjak aku mengenali Nana, dan semenjak dia menemankan aku bersama dengan manusia lain, aku dapat rasa yang aku mula terfikir yang sebenarnya, untuk mendewakan ignorance, aku bukan hanya perlu duduk dan berkurung di dalam bilik sahaja. Ada cara lain. Jika kami melangkah keluar, kami masih boleh punya idea bahwa ignorant adalah satu bliss. Dan, kami memang tak pernah peduli tentang manusia lain yang megah dan angkuh dengan mesin-mesin mahal mereka.

Apapun, memang kadang berlaku hal yang menarik kepada kami ketika kami meredah jalan raya pada pagi atau malam hari. Pernah sekali, seorang stranger mengangkat tangan kepada kami yang tersangkut di tengah-tengah kesesakkan. Dan prnah juga yang mendekatkan diri, walaupun tak pernah mengenali antara satu sama lain, untuk bertanyakan khabar kami, dan berbual dengan kami, sebagai satu jiwa yang wujud. Bukannya untuk memperlekehkan kami atau apa sekali pun.

Entahlah. Kadang-kadang aku terasa hidup ni, ada baiknya juga walupun semalam aku baru saja SMS kepada kawan aku;

Selamat Hari Jadi. Mati lagi baik.




0 Cacian Balik: