Macam sial!
Baru je tak sampai sejam yang lepas, aku berbual di telefon dengan kawan aku, yang tak sudah nak bercerita hal punk rock dengan aku, yang sedang sibuk nyanyi bersama dengan Carburetor Dung, Jilat mereka.
Fahamilah diri aku, yang aku ni tak punk rock langsung. Aku tak tahu menahu pasal semua band yang dia sebut, dan aku tak pernah peduli pun untuk habiskan duit untuk itu semua. Aku bukan investor punk rock. Lagu-lagu yang aku dengar, membosankan. Dan kawan-kawan yang aku kenal, semuanya bukan dari manusia yang hebat. Mereka semua cuma manusia yang ada soul untuk hidup dan meludah kepada semua punk-punk yang sangat radikal, dan yang sangat intelek.
Aku tak ada kawan yang menyimpan buku-buku hebat sebagai koleksi, kerana aku cuma punya kawan-kawan yang menyimpan memori duka sebagai koleksi peribadi yang sangat disayangi.
Jadi, fahamilah yang aku tak pernah bersedia untuk peduli kepada politik zaman muda kebanyakkan punk rock yang hebat.
Aku bising dan membebel pada dia. Aku malas nak layan. Dan, aku rasa aku dah pun repeat trek yang sama, lagu Jilat selama beberapa jam. Dengan asap rokok yang menyelubungi bilik bersepah aku, dan beberapa helai baju bersih yang masih tersadai di sofa tidur aku.
Aku cuma nak peduli dengan benda yang aku nak pedulikan.
Macam ajakkan 2 orang kawan aku ke parti hari ulang tahun kelahirannya. Jadi, aku masih berfikir kerana Aely bekerja esok, dan Aie pergi ke persembahan SLANK. Kawan aku si Amy pulak, pastinya susah nak aku hubungi. Yang lain? Aku rasa, baik aku duduk rumah.
Tapi, mungkin esok aku dan Nana akan cuba meredah bukit yang tinggi ke tempat kawan aku.
Atau mungkin, selepas itu aku akan mengikut Fah untuk ke parti tepi kolam renang yang ada menjamu sate.
Anyway, lepas aku bosan berbual dengan kawan aku, aku minta berundur diri dari perbualan itu dengan alasan aku perlu masuk ke dalam bilik air dan mandi. Badan aku rasa panas. Sepanas hari dan telinga aku yang mendengar kepada revolusioner yang kononnya nak jatuhkan kapitalis dengan baik sekali, tapi di mulutnya terbau haruman berjenama Special Brew yang mengiurkan aku.
Aku pun pinjam Broadband si Fah untuk mengetahui isu-isu semasa negara yang aku cintai ni. Negara yang tak senang dengan imigran dan negara yang tak pernah nak menerima kewujudan basikal di jalan raya dengan positif.
Dan, aku terjumpa sesuatu di Facebook aku yang membuatkan aku lupa, yang aku sedang marah dengan semua hal.
Gambar kawan sekolah aku.
Nama dia Ezzaq Rafiq.
Aku tersmeyum sebab tengok dia bergambar, sama macam dulu. Gaya dia, memang tak pernah berubah.
Haish.
Punk rock memang sangat kelakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Cacian Balik:
Post a Comment